Wednesday, May 28, 2008
Science for Primary School
Laman ini memaparkan beberapa isi kandungan tentang mata pelajaran Sains sekolah rendah, khususnya tahun 4, 5 dan 6.
Tuesday, May 27, 2008
W960 gabungan PDA, hiburan

PENAMPILAN Sony Ericsson banyak bergantung kepada kekuatan audionya yang mendapat perhatian umum terutama jika pengguna mahukan muzik mudah alih.
Biasanya Sony Ericsson tampil dengan pengaruh muzik 'Walkman' tidak terkecuali pada model terkini W960 yang sarat dengan ciri multimedia muzik.
Muzik
Ciri yang paling mencuri tumpuan termasuk keupayaan sistem setoran sehingga lapan gigabait mampu memuatkan kira-kira 1,000 fail berformat MP3 atau 8,000 lagu untuk format eAAC+ dalam satu masa.
Sesuai dengan siri W atau Walkman itu, ia dijangka menguasai pasaran kerana menjadi tambahan kepada konsep telefon bimbit berpembantu peribadi digital (PDA).
Pembaca yang tidak mahu meminggirkan hiburan, pada masa sama memikirkan untuk mendapatkan keupayaan PDA, sesungguhnya W960 perlu dimasukkan dalam senarai membeli-belah bulan ini.
Selain anda boleh menggunakan mod penerbangan memungkinkan hiburan tanpa batasan, W960 dilengkapi sistem 'MegaBass' khas memberikan tambahan kesan pada lagu yang didengar sama ada melalui set telinga atau pembesar suara model itu sendiri.
Antaramuka
Model ini menggunakan skrin sesentuh lebar LCD TFT, penulis mendapati tahap kelebaran itu amat sesuai untuk digunakan sebagai PDA dengan tiga butang 'Play', 'Forward' atau 'Back' pada bahagian bawah skrin.
Uniknya, tiga butang itu hanya akan berfungsi sebaik pengguna mengaktifkan muzik dan lampunya akan terpadam apabila tidak aktif.
Sungguhpun model ini memiliki pen 'stylus', namun papan kekuncinya sudah cukup untuk memberi keselesaan dengan aturan setiap butang tidak memeningkan kepala berbanding sesetengah model lain.
Rekaan
Lapisan permukaan telefon bimbit berwarna hitam dan digabungkan elemen putih pada bahagian tepi, boleh dikatakan ia mampu dimiliki oleh golongan wanita atau lelaki.
Reka bentuk pen stylusnya pula agak pelik sedikit kerana mengikut pandangan awal, ia seolah-olah seperti serpihan kayu nipis berwarna hitam. Saya kira ia perlu ditukar oleh Sony Ericsson.
Sistem operasi
Ia mempertaruhkan Symbian dan antaramuka UIQ, yang menyediakan satu pengalaman visual baru kepada penggemar telefon bimbit pintar.
Sementara pemprosesan 208MHz dan saiz RAM yang sama dengan P1i iaitu 128MB cukup untuk menggerakkan PDA hiburan ini ke peringkat multimedia unggul.
Ciri lain
Kehadiran fungsi kamera dengan keupayaan tiga megapiksel, Wi-Fi dan keupayaan 3G menjadikan model ini cukup memberikan kelebihan dalam berkomunikasi gaya moden.
Berat 119 gram bukan menjadi masalah bagi penulis tapi mungkin beban kepada sesetengah individu yang perlu difikirkan Sony Ericsson sama ada dengan menukar bateri dan sebagainya.
Kesimpulan
Kalau ditanya pendapat peribadi, penulis lebih gemar P1i kerana ia tampak hebat dengan rekaannya tapi W960 memiliki ciri tambahan lain iaitu muzik apatah lagi dengan setoran 8GB.
Perbandingan antara P1i dan W960 sama sekali tidak akan menenggelamkan populariti model ini dan pengguna boleh membandingkannya apabila membeli nanti mengikut keperluan masing-masing.
Info
PRODUK: Sony Ericsson W960
PENGELUAR: Sony Ericsson
PERTANYAAN: Sony Ericsson Malaysia
TELEFON: 1-800-88-9900
LAMAN WEB: www.sonyericsson.com.my
HARGA: RM1,962
Komen
KESELURUHAN: ****
REKA BENTUK: ****
INOVASI: ****
MESRA PENGGUNA: ****
NILAI WANG: *** 1/2
Subscribe to:
Posts (Atom)
