Wednesday, May 28, 2008

Science for Primary School

Laman ini memaparkan beberapa isi kandungan tentang mata pelajaran Sains sekolah rendah, khususnya tahun 4, 5 dan 6.

Tuesday, May 27, 2008

W960 gabungan PDA, hiburan


PENAMPILAN Sony Ericsson banyak bergantung kepada kekuatan audionya yang mendapat perhatian umum terutama jika pengguna mahukan muzik mudah alih.

Biasanya Sony Ericsson tampil dengan pengaruh muzik 'Walkman' tidak terkecuali pada model terkini W960 yang sarat dengan ciri multimedia muzik.


Muzik


Ciri yang paling mencuri tumpuan termasuk keupayaan sistem setoran sehingga lapan gigabait mampu memuatkan kira-kira 1,000 fail berformat MP3 atau 8,000 lagu untuk format eAAC+ dalam satu masa.

Sesuai dengan siri W atau Walkman itu, ia dijangka menguasai pasaran kerana menjadi tambahan kepada konsep telefon bimbit berpembantu peribadi digital (PDA).

Pembaca yang tidak mahu meminggirkan hiburan, pada masa sama memikirkan untuk mendapatkan keupayaan PDA, sesungguhnya W960 perlu dimasukkan dalam senarai membeli-belah bulan ini.

Selain anda boleh menggunakan mod penerbangan memungkinkan hiburan tanpa batasan, W960 dilengkapi sistem 'MegaBass' khas memberikan tambahan kesan pada lagu yang didengar sama ada melalui set telinga atau pembesar suara model itu sendiri.


Antaramuka


Model ini menggunakan skrin sesentuh lebar LCD TFT, penulis mendapati tahap kelebaran itu amat sesuai untuk digunakan sebagai PDA dengan tiga butang 'Play', 'Forward' atau 'Back' pada bahagian bawah skrin.

Uniknya, tiga butang itu hanya akan berfungsi sebaik pengguna mengaktifkan muzik dan lampunya akan terpadam apabila tidak aktif.

Sungguhpun model ini memiliki pen 'stylus', namun papan kekuncinya sudah cukup untuk memberi keselesaan dengan aturan setiap butang tidak memeningkan kepala berbanding sesetengah model lain.


Rekaan

Lapisan permukaan telefon bimbit berwarna hitam dan digabungkan elemen putih pada bahagian tepi, boleh dikatakan ia mampu dimiliki oleh golongan wanita atau lelaki.

Reka bentuk pen stylusnya pula agak pelik sedikit kerana mengikut pandangan awal, ia seolah-olah seperti serpihan kayu nipis berwarna hitam. Saya kira ia perlu ditukar oleh Sony Ericsson.


Sistem operasi

Ia mempertaruhkan Symbian dan antaramuka UIQ, yang menyediakan satu pengalaman visual baru kepada penggemar telefon bimbit pintar.

Sementara pemprosesan 208MHz dan saiz RAM yang sama dengan P1i iaitu 128MB cukup untuk menggerakkan PDA hiburan ini ke peringkat multimedia unggul.


Ciri lain

Kehadiran fungsi kamera dengan keupayaan tiga megapiksel, Wi-Fi dan keupayaan 3G menjadikan model ini cukup memberikan kelebihan dalam berkomunikasi gaya moden.

Berat 119 gram bukan menjadi masalah bagi penulis tapi mungkin beban kepada sesetengah individu yang perlu difikirkan Sony Ericsson sama ada dengan menukar bateri dan sebagainya.


Kesimpulan


Kalau ditanya pendapat peribadi, penulis lebih gemar P1i kerana ia tampak hebat dengan rekaannya tapi W960 memiliki ciri tambahan lain iaitu muzik apatah lagi dengan setoran 8GB.

Perbandingan antara P1i dan W960 sama sekali tidak akan menenggelamkan populariti model ini dan pengguna boleh membandingkannya apabila membeli nanti mengikut keperluan masing-masing.

Info

PRODUK: Sony Ericsson W960

PENGELUAR: Sony Ericsson

PERTANYAAN: Sony Ericsson Malaysia

TELEFON: 1-800-88-9900

LAMAN WEB: www.sonyericsson.com.my

HARGA: RM1,962



Komen

KESELURUHAN: ****

REKA BENTUK: ****

INOVASI: ****

MESRA PENGGUNA: ****

NILAI WANG: *** 1/2

Laptop Sesuai Untuk Ke Pejabat


LAPTOP yang menjadi platform menempatkan pelbagai aplikasi dan ratusan fail penting kegunaan pejabat dikaitkan dengan harga yang mahal dan kurang dipercayai menyebabkan pengguna sukar membuat pilihan tepat.

Menyedari keperluan menyediakan peranti untuk kegunaan bisnes mantap, Dell tampil dengan dua model sesuai bagi kegunaan harian yang sibuk tanpa mengenepikan ciri unggul pada siri Vostro 1310 dan 1510 pada harga RM3,099 serta RM2,599.

Hasil kajian syarikat itu membolehkan mereka mengeluarkan model yang melindungi data penting dan perisian keselamatan tersedia ditambah Modul Platform Dipercayai (TPM) 1.2 bagi jaminan itu membantu menghindari akses sesuka hati atau kecurian maklumat .

Perlindungan komprehensif itu diteruskan dengan kemudahan slot pemacu optikal yang diperkemaskan sementara pembaca cap jari turut diberi tempat dalam model Vostro 1310 dan 1510 jika dibandingkan model terdahulu.

Berbekalkan rekod yang menunjukkan pengguna kini mula berubah daripada desktop ke laptop, Dell menjanjikan portfolio produknya kekal hebat bagi menempa sejarah dalam dunia perkomputeran.